Zul Ariffin umum tarik diri dari semua pencalonan di ABPBH ini penjelasannya

Zul Ariffin umum tarik diri dari semua pencalonan di ABPBH ini penjelasannya

Zul Ariffin umum tarik diri dari semua pencalonan di ABPBH ini penjelasannya.Lama tidak mendengar khabar pelakon bertubuh sasa, Zul Ariffin. Paling terbaru adalah kegiatannya yang mengikuti dakwah bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan beberapa lagi artis popular Tanah Air.

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru pelakon tersebut di Instagramnya, dia memaklumkan kepada para peminatnya terutama kelab peminat zulariffinfc bahawa dia sudahpun menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH).

Ucap terima kasih kepada semua yang menyokong
Tambah aktor kacak tersebut, dia juga telah menghubungi pihak Berita Harian memaklumkan penarikan dirinya dari semua pencalonan di dalam ABPBH ke 34.

Oleh itu, Zul Ariffin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang setia menyokong kerjayanya sehingga ke hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Walau bagaimanapun Zul Ariffin memberitahu yang dia tidak berniat untuk berhenti dari kerjayanya. Cuma mahu perlahan-lahan menjadi lebih baik. Dia juga telah bersedia untuk meneruskan kerja-kerjanya dan meminta peminatnya menantikan lebih banyak karyanya yang bakal keluar tidak lama lagi

BACA: Tular Video pengantin Peluk cium bekas kekasih depan isterinya

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya memberikan komen yang positif dengan tetap menzahirkan sokongan kepada aktor kacak berkenaan.

Mereka juga tidak kisah andai Zul Ariffin menarik diri asalkan pelakon kegemaran mereka terus berkarya dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

BACA: 16 kereta musnah dalam kebakaran antaranya Jaguar Classic

Achey pun tarik diri jugak?

Zul Ariffin

Sumber: https://ohmymedia.cc/dah-hubungi-penganjur-zul-ariffin-umum-tarik-diri-dari-semua-pencalonan-di-abpbh/

 

COMMENTS