Zarina Zainuddin tegur Ira Kazar, buat kerja tak clean

Zarina Zainuddin tegur Ira Kazar, buat kerja tak clean. Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sekali lagi meluahkan perasaan dipercayai berhubung konflik rumah tangga anaknya itu bersama isteri Puteri Sarah Liyana.

Menerusi satu posting di InstaStory, Fatimah menegaskan tiada kemaafan bagi individu yang cuba mersakkan kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan.

“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!,” tulis Fatimah berserta sekeping swafoto dirinya sebagai latar belakang posting.

Pada masa sama, beliau turut memuat naik foto Syamsul dan Puteri Sarah bersama anak sulung mereka Syaikhul Islam yang dipercayai masih berusia beberapa bulan.

Sebelum ini, Syamsul yang juga pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan memaklumkan dia akan menjawab segala persoalan mengenai kontroversi berkenaan dalam masa terdekat.

“Sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih.

Zarina Zainuddin tegur Ira Kazar, buat kerja tak clean

“Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dilakukan Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ternoktah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, kisah pasangan tersebut kembali menjadi perhatian apabila Puteri Sarah mendedahkan ada peminat mendakwa suaminya telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Ira Kazar.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

BACA:

Semak jadual pembayaran BTR Fasa 1 2023, kemaskini tarikh bayaran

Keputusan AG berkait kes dadah buat Yasin rasa terkilan