Zara Zya atau DSV : Netizen berteka-teki siapa pilihan Shuib

Zara Zya atau DSV : Netizen berteka-teki siapa pilihan Shuib. Nampaknya isu melibatkan Shuib Sepahtu masih tidak reda di kalangan warganet. Mereka masih cuba menyelesaikan ‘jigsaw puzzle’ mengenai calon isteri jejaka terhangat di Malaya itu.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida ada berkongsikan video memaparkan pelawak Shuib Sepahtu dan anak-anak melawatnya di Ipoh, Perak.

Menerusi video itu, dapat dilihat hubungan rapat Vida dan anak-anak Shuib serta melayan seperti darah dagingnya sendiri.

Vida turut menulis kapsyen mengatakan mengenai hubungannya dengan Shuib serta anak-anak sememangnya sangat akrab.

Malah, Vida turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana mengizinkannya untuk menumpang kasih dengan anak-anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin.

Zara Zya atau DSV : Netizen berteka-teki siapa pilihan Shuib

Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berharap Vida dan Shuib bertemu jodoh serta mengatakan mereka nampak sesuai.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sebak melihat hubungan baik yang terjalin antara anak-anak Shuib dan Vida kerana seolah merindui ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah. Kata netizen lagi, Vida juga pernah kehilangan dua anaknya dan mereka sama-sama pernah merasa kehilangan.

BACA:

KWSP : Pengeluaran khas dibenarkan, jom mohon sekarang

Jawatan kosong di PERKESO, mohon sekarang

Lelaki ditemui mati siap berbungkus di Gua Musang