Zamri Vinoth dihadapkan ke mahkamah kerana cederakan dan ugut wanita

Zamri Vinoth dihadapkan ke mahkamah kerana cederakan dan ugut wanita. Seorang penceramah bebas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan dan mengugut seorang wanita dalam kejadian pada bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhasliza Md. Ali.

Bagi pertuduhan pertama, Zamri Vinoth yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif One Center Malaysia Perlis didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada wanita berusia 38 tahun itu.

Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Taman Melati Indah, Beseri dekat Padang Besar pada pukul 5 petang, 14 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Zamri Vinoth dihadapkan ke mahkamah kerana cederakan dan ugut wanita

Sementara bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut untuk membunuh.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di lokasi serta masa dan tarikh yang sama.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

BACA:

Wanita ini nekad buang nama ‘Muhammad’ pada anak, sanggup ke JPN

Aksi ‘goyang’ Kak KM raikan kemenangan kes saman, netizen perasan sesuatu

Rider terkejut kena maki ‘bodoh’ dengan customer, ini sebenarnya yang berlaku