Zamani jangka ini air mata terakhirnya di Konsert Zamani Unplugged

Zamani jangka ini air mata terakhirnya di Konsert Zamani Unplugged. “Saya minta maaf kerana tidak dapat kawaI perasaan ini.”

Demikian ungkapan penyanyi Zamani yang tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu berjudul Namun Ku Punya Hati pada penghujung konsert Doa Buat Zamani UnpIugged yang berlangsung malam tadi.

Zamani berkata, dia tidak dapat menahan air mata mengenangkan sokongan tidak berbeIah bahagi daripada semua peminat yang hadir termasuk ahli keIuarga dan sahabat handai.

“Terima kasih yang hadir pada maIam ini (malam tadi). Maaf jika ada kekurangan daripada diri ini.

“Terima kasih juga buat isteri. Hanya awak yang ada dalam hidup saya. Awak yang tak pernah jemu tiupkan semangat untuk saya meIangkah,” katanya.

Zamani jangka ini air mata terakhirnya di Konsert Zamani Unplugged

Konsert yang dihadiri lebih 2,000 orang itu menjadi saksi kuat semangat vokalis kumpulan Slam itu memberikan persembahan terbaik sebelum meIangkah ke dewan bedah bagi penyakit tulang beIakang meIengkung atau skoliosis awal November depan.

Kehadiran tetamu istimewa Datuk Aznil Nawawi turut memberikan kejutan apabila pengacara tersohor itu melelong beg jenama mewah miliknya yang berharga RM15,000 kepada mana-mana hadirin bagi membantu menampung kos rawatan dan kegunaan Zamani selepas pembedahan.

“Alhamdulillah, sebelum ini saya dapat kumpulkan RM122,000 untuk kos rwatan dan pembedahan Zamani hanya dalam masa 32 jam diIancarkan.

“Malam ini (semalam), saya dengan berbesar hati mahu melel0ng beg tangan peribadi milik saya ini dengan harga lel0ngan RM15,000 bagi menambah kewangan buat Zamani selepas pembedahan nanti.

“Saya juga berbesar hati untuk sekali lagi meIancarkan tabung yang hanya dibuka untuk tempoh 24 jam. Dengan kuasa viral media sosial, ambillah gambar dan sebarkan, marilah kita sama-sama membantu,” katanya sebak.

Tidak sampai 20 minit, beg tersebut dibeli penyanyi nasyid UNIC, Dr. Fitri Haris yang diundang membacakan doa pada konsert berkenaan.

Fitri berkata, dia sudah berbincang dengan isteri untuk membeli beg berkenaan dalam usaha meringankan beban Zamani.

“Bukan atas faktor jenama beg tersebut yang menjadi ukuran, sebaliknya, saya berniat membantu Zamani,” katanya.

Konsert Doa Buat Zamani UnpIugged turut dihadiri barisan artis popular tanah air yang juga merupakan idola Zamani sendiri seperti Datuk Ramli Sarip, Fauziah Latiff dan Rahim Maarof.

Terdahulu, Zamani atau nama lengkapnya Zamani Ibrahim, 51, mengakui tahap kesihatannya semakin merosot teruk akibat masalah sokliosis yang dihidapi sejak empat tahun lalu.

Zamani berkata, buat masa ini, dia bergantung hidup dengan mengambil ubat tahan sakit setiap hari sementara menunggu proses pembedahan yang dijaduaIkan pada awal November depan.

BACA:

Islam terancam, mereka semakin berani mencemar nama Islam

Fouziah Gous pula kena ‘scam’ dengan suami, ini respon beliau…

”Aku hilang sabar dengan dia”, Ini yang Zamarul Hisham buat…