Youtuber nekad bunuh diri kerana sering dikecam netizen

Youtuber nekad bunuh diri kerana sering dikecam netizen

Youtuber nekad bunuh diri kerana sering dikecam netizen .Seorang bintang YouTube terkenal, Kristina Dukic berusia 21 tahun dipercayai membunuh diri berikutan menerima kecaman yang hebat daripada warganet.

Difahamkan, komen-komen negatif tersebut telah diterimanya sejak bertahun-tahun yang lalu sebelum dia nekad berbuat demikian.

Memetik laporan Daily Star, gadis muda ini dikatakan sempat memuat naik satu hantaran terakhir pada bulan November yang lalu. Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di ibu kota Serbia, Belgrade pada hari Rabu, 8 Disember yang lalu.

Mengulas lebih lanjut, gadis ini dipercayai mempunyai lebih sejuta pengikut menerusi akaun Instagram, YouTube dan Twitchnya sebelum dia menjadi mangsa buli dalam talian.

Ibunya dikenali sebagai Natasa, mengesahkan kematian anak perempuannya dan pada masa yang sama turut merayu kepada orang ramai yang mahu membunuh diri untuk mendapatkan bantuan pakar.

nekad

Pendedahan dibuat rakan mangsa

Ujar Mira Vladisavljevic yang merupakan rakan rapat kepada mangsa menceritakan penderitaan tersebut berlaku selama lima tahun.

Mengulas lebih lanjut, mangsa sebelum ini menerusi sebuah video menjelaskan dia berasa tak pernah cukup baik tidak kira apa yang dilakukan.

Saya merayu kepada semua media untuk melaporkan dengan teliti mengenai kes ini dan mengenai gadis yang bergelut dengan buli selama lima tahun. Harap maklum.

BACA: Caj RM 1 di ATM antarabank akan dikembalikan semula pada 2022.

COMMENTS