Yazmin Aziz sedia jadi ‘bahan’ kerana Kurang fasih berbahasa Malaysia

Yazmin Aziz sedia jadi ‘bahan’ kerana Kurang fasih berbahasa Malaysia

Yazmin Aziz sedia jadi ‘bahan’ kerana Kurang fasih berbahasa Malaysia. Penyanyi dan selebriti TikTok, Yazmin Aziz, 20, tidak menganggap dia bakal menjadi ‘bahan’ gara-gara kurang fasih bertutur dalam bahasa Malaysia.

Gadis kacukan Melayu dan Filipina yang bakal memikul tanggungjawab sebagai hos Live+ itu berkata, dia sudah bersiap-sedia untuk memperbaiki kemahirannya dalam bahasa Malaysia.

“Ibu saya orang Melayu, tapi bapa dan bapa tiri orang Filipina. Mereka pula lebih selesa menggunakan bahasa Tagalog. Saya juga pernah menetap sekejap di United Kingdom ketika bapa tiri bekerja di sana.

“Sebenarnya saya sudah bersedia menjadi bahan lawak kerana kurang fasih berbahasa Malaysia. Namun, saya sudah banyak memperbaiki kelemahan itu berbanding di awal kemunculan dulu,” katanya.

Yazmin Aziz

Bagaimanapun, Yazmin tidak terlepas daripada menjadi mangsa ejekan serta buli selepas pulang ke Malaysia disebabkan perbezaan yang dimiliki.

Yazmin kini menjadikan platform TikTok sebagai wadah untuk memperbaiki kelemahannya di samping mengajar masyarakat bahasa Tagalog.

Yazmin yang memiliki hampir 500,000 pengikut di TikTok berkata, dia mula berjinak-jinak dalam penghasilan video pada penghujung tahun lalu.

“Saya juga selesa dengan gelaran ‘bestfriend’ yang dijadikan gelaran buat pengganti diri. Malah, ramai rakan-rakan menerusi platform Tik Tok yang turut menerima baik watak itu.

“Biarpun menjadi hos di belakang pentas, rasanya watak itu akan terus dikekalkan. Semoga saya dapat menjayakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/10/763959/kurang-fasih-berbahasa-malaysia-yazmin-aziz-sedia-jadi-bahan

BACA: [VIDEO] Gadis guard lawa tak kisah tangan ‘berbelang’ muka jerawat kerja tengah panas

COMMENTS