Yasmin, Shahrin bercerai ?

Yasmin, Shahrin  bercerai ?

Yasmin, Shahrin bercerai.Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Yasmin Hani memberi bayangan bahawa ikatan perkahwinannya dengan suami, Shahrin Razali sudah terlerai.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 42, berkata, dia dan Shahrin bersetuju untuk membawa haluan baharu dan berjanji untuk membesarkan kedua-dua anak mereka dengan sebaik mungkin.

“Kami dapat melaksanakan apa yang sudah dipersetujui bersama. Kami berdua bersetuju untuk memulakan hidup baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Saya dan Shahrin bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Kami sangat berharap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya dalam satu hantaran Instagram sebentar tadi.

Bagaimanapun, pelakon drama The Hotel itu tidak berkongsi lanjut mengenai perpisahan mereka.

Memohon diberikan ruang, Yasmin berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi sedikit privasi kepada keluarga mereka.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk doa anda. Biarpun telah memilih jalan berbeza, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang saling menyayangi dan ada beberapa hal membuatkan kami lebih dekat berbanding sebelumnya.

“Kami masih berkongsi ikatan kerana Dua anak kami. Hubungan sebagai ibu bapa sangat diutamakan dan memohon agar ruang dan privasi kami dihormati.

“Mari kekalkan aura positif. Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja dan terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Sekitar awal bulan lalu, keretaka rumah tangga pasangan berkenaan dapat dihidu selepas Yasmin memuat naik sebuah hantaran memberi bayangan beratnya badai yang melanda dalam perkahwinannya bersama Shahrin.

Untuk rekod, Yasmin dan Shahrin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Baca :Tular video banjir air jernih seperti kolam renang

COMMENTS