“Yang paling sakit kena khianat” – Man Raja Lawak

“Yang paling sakit kena khianat” – Man Raja Lawak. Man Raja Lawak, nama yang sudah tidak asing lagi dalam arena hiburan tanah air. Seorang yang cukup merendah diri, sehingga ke hari ini Man Raja Lawak masih memliki barisan peminatnya yang tersendiri.

Dalam kehidupan sudah semestinya naik turun, susah dan senang menjadi antara kebiasaan yang berlaku dalam ramai orang. Begitu juga dalam kehidupan Man Raja Lawak. Baru-baru ini Man Raja Lawak berkongsikan mengenai kisah hidupnya yang pernah dikhianati rakan sendiri.

Pendedahan itu dibuat oleh Man Raja Lawak sendiri menerusi satu temubual bersama Gempak TV. Bercerita mengenainya dia pernah ada rakan yang khianati dirinya dan tetap mengaku dia adalah kawannya.

"Yang paling sakit kena khianat" - Man Raja Lawak

Dalam perbualan tersebut, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah Man sempat menitipkan kata-kata nasihat kepada penonton.

Antara kata nasihat yang menjadi perhatian warganet yang diluahkan oleh Man Raja Lawak adalah seperti berikut:

“Jangan jadi macam syiling, depan lain belakang lain. Tapi berkawan tu biar jadi macam cermin. Kalau kita menangis yang dalam cermin pun turut sama menangis”.

Temubual dengan Man Raja Lawak titip nasihat tersebut turut dikongsikan semula di TikTok dan telah menjadi perhatian ramai. Berikut antara reaksi ramai yang mana rata-ratanya bersetuju dengan kata-kata Man Raja Lawak ini:

“Suka betul dengar ayat2 man ni. Deep weh”

“Ayat2 dia selalu win”

“Sumpah ayat dia memang win..Haih harap la Allah pertemukan kita dengan kawan yang baik”

“Ayat2 Man Raja Lawak ni memang menusuk hati”

BACA:

Peminat terkejut tengok Meely Goeslow kurus kering, rupanya ini yang dia buat

Berdekah tengok Isteri prank suami jadi hantu, “terus cabut lari laki dia”

Isteri Yonnyboii dedah memang seksi dari dulu lagi