Yang diharap bajet kesihatan, yang dibentang bajet propaganda

Yang diharap bajet kesihatan, yang dibentang bajet propaganda

BAJET 2021 adalah satu BELANJAWAN PROPAGANDA hasil daripada kepimpinan tebuk atap dan sebuah pasukan pentadbiran yang gagal stabil.

Tidak nampak bagaimana ekonomi negara ini dapat dipulihkan secara konstruktif, tiada fokus dan kebanyakan hanya bersifat “surface”. Kekhuatiran saya adalah bahawa ia hanyalah sebuah belanjawan menyambung hayat para pengkhianat nasional dan proksi-proksi politik mereka menerusi penyediaan beberapa dana yang diragui keberkesanan pelaksanaannya.

Jelas ia bukan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya yang sangat “real” terkesan akibat pandemik Covid-19, tetapi kepada penyediaan lebih banyak “peluang pekerjaan dan perniagaan” kepada pengikut-pengikut para politikus pengkhianat, sementara rakyat kebanyakan akan terus kehilangan pekerjaan dan sumber mata pencarian.

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Kuala Lumpur
7 November 2020

Sumber :

COMMENTS