Warga Palestin diculik, 11 ditangkap

Warga Palestin diculik, 11 ditangkap. Seramai 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik warga Palestin bagi mendapatkan rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua individu terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mengikut pertuduhan, Eddy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23; Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; Nidarahayu Zainal, 34; dan Raibafie Amdan, 39, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang, pada 10.40 malam 28 September lalu.

Mereka didakwa dengan niat untuk menahan Omar Z M Albelbaisy bagi mendapat ganjaran yang berupa rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Semua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Warga Palestin diculik, 11 ditangkap

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hanum Abdul Hadi.

Dalam prosiding itu hanya dua tertuduh iaitu Nidarahayu Zainal dan Raibafie Amdan diwakili peguam.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap semua tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Semua tertuduh yang tiba pada jam 10 pagi itu dikawal ketat anggota polis dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

BACA:

Jolok semasa tidur, raba anak orang dipenjara 4 tahun

Zuraida dakwa Zahid Hamidi beri respon positif penyertaan PBM dalam BN

Caprice dakwa ‘ramai mangsa berani dedah bukti’ perbuatan sumbang Ust Selebriti