Warga emas penggal kepala isteri dan bawa ke balai polis, ini puncanya

Warga emas penggal kepala isteri dan bawa ke balai polis, ini puncanya. Hanya kerana mengesyaki si isteri curang di belakangnya, seorang lelaki warga emas di Odisha, India tergamak memenggal kepala wanita terbabit sebelum membawanya ke Balai polis untuk menyerah diri.

Syak si isteri curang

Difahamkan, lelaki berkenaan dikenali sebagai Nakaphodi Majhi berasal dari Dhenkanal itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan.

Berang kerana mengesyaki si isteri bermain kayu tiga di belakangnya, lelaki berusia 55 tahun itu bertindak mengambil sebilah parang lalu memenggal kepala isterinya.

Walau bagaimanapun, pada keesokan paginya, lelaki itu dikatakan berjalan menuju ke balai polis Gandia untuk menyerah diri atas perbuatannya sambil memegang kepala wanita berkenaan.

Warga emas penggal kepala isteri dan bawa ke balai polis, ini puncanya

Terkejut nampak lelaki pegang kepala isteri

Terkejut tindakan warga emas itu, penduduk kampung kemudiannya bertindak menangkap Nakaphodi sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah membuka kerta siasatan berhubung kes berkenaan. Hasil pemeriksaan awal menemui sebilah senjata tajam berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.

BACA:

China mula tanam durian sendiri, peniaga negara kita melopong?

Caj 20 sen dikenakan jika mahu pelayan datang ke meja ambik order

Kak KM menang saman fitnah, ini yang sebenarnya terjadi