Wanita tinggal bersama jenazah suami, anak 48 jam

Wanita tinggal bersama jenazah suami, anak 48 jam

Wanita tinggal bersama jenazah suami, anak 48 jam. Seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya ditemui mati dipercayai akibat jangkitan Covid-19 di Taman Datuk Setia, Jalan Kaki Bukit dekat sini petang tadi.

Mayat Bakar Yaacob, 79, dan Ahmad Rizal Bakar, 53, ditemui anggota polis yang tiba pada pukul 5.30 petang tadi selepas menerima laporan daripada jiran mangsa.

Seorang wanita yang juga isteri warga emas tersebut pula ditemui dalam keadaan murung.

Wanita terbabit dipercayai tinggal bersama mayat suami dan anak lelakinya itu yang disyaki meninggal dunia dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati pintu rumah dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci.

Katanya, pihaknya menemui mayat anak pasangan itu yang sudah kembung dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

“Mayat bapanya pula didapati terbaring di ruang makan rumah dalam keadaan sempurna,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas badan mayat mangsa yang dibuat secara rambang mendapati tiada unsur perbuatan jenayah.

“Pemeriksaan tidak dapat dilakukan dengan terperinci kerana dikhuatiri dijangkiti virus Covid-19,” jelasnya.

Tambahnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk dibuat pemeriksaan Covid-19 dan tindakan seterusnya.

“Wanita itu juga dibawa ke HTF menggunakan ambulans kerana disyaki mengalami kemurungan,” katanya sambil memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Berita Penuh:https://www.kosmo.com.my/2021/09/25/dua-beranak-ditemui-mati-dalam-rumah/

Baca:Viral Askar Veteran ‘Mengamuk’ Depan Mantan Presiden Amerika

COMMENTS