Wanita ‘Tersiksa’ Ada Tabiat Gosok Gigi Sampai 90 Minit

Wanita ‘Tersiksa’ Ada Tabiat Gosok Gigi Sampai 90 Minit

Wanita ‘Tersiksa’ Ada Tabiat Gosok Gigi Sampai 90 Minit.Menghidap Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) sejak 10 tahun yang lalu, hidup seorang wanita dilaporkan tidak lagi ‘normal’ seperti sebelumnya sehingga membuatkannya hanya terkurung di dalam bilik sahaja.

Menurut Mirror.co, Vanessa Ward bahkan mempunyai tabiat menggosok gigi selama 90 minit.

Wanita berusia 30 tahun itu mengatakan bahawa penyakit OCD yang dihidapinya merupakan satu ‘penyeksaan yang tidak akan pernah berakhir’ dan setiap detik yang dilaluinya sangat-sangat teruk.

“Selama satu dekad yang lalu, setiap detik di dalam hidup saya ‘ditentukan’ oleh OCD, saya telah kehilangan zaman 20-an saya disebabkan oleh penyakit ini,” katanya.

Menurutnya, dia telah berkurung di dalam bilik selama 10 tahun dan tidak bergaul dengan rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Wanita

“Saya berseorangan dan hampir mati disebabkan oleh kesunyian yang dirasai selama ini.

BACA: Dengan Semputnya” Gadis Menangis, Kena Scam Dengan “Joy Buyer”

“Segala yang saya lakukan haruslah secara sistematik, teratur dan simetri. Sekiranya ia tidak dilakukan dengan betul, rasa gelisah dan mual mula akan timbul.

“Saya tidak mempunyai pilihan selain mematuhinya, setiap hari saya akan lakukan perkara yang sama sehingga terkadang membuatkan saya pengsan,” katanya.

Luahnya lagi, dia juga pernah tidak makan selama berminggu-minggu dan telah dimasukkan ke hospital kesihatan mental.

BACA: Akibat ‘Bercuti’ sekolah terlalu lama ramai pelajar ambik keputusan Berkahwin & Bekerja

Keadaan itu juga menyebabkan kesihatan fizikalnya merosot dan mengalami perubahan pada penglihatannya, serta mengalami keguguran rambut dan gigi patah.

Keluarganya kini berusaha untuk mengumpul dana untuk rawatan pakar dengan seorang profesor terkenal di sebuah hospital sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Berita penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/29/penyeksaan-yang-tak-akan-berakhir-hidap-ocd-wanita-tersiksa-ada-tabiat-gosok-gigi-sampai-90-minit/

BACA: Lelaki Pukul Doktor Dipercayai Kerana Puji Kulit Isterinya

COMMENTS