Wanita terima mas kahwin RM1.5 juta dari suaminya

Wanita terima mas kahwin RM1.5 juta dari suaminya

Wanita terima mas kahwin RM1.5 juta dari suaminya.Tular baru-baru ini seorang pengantin perempuan didakwa menerima mas kahwin sebanyak 5 bilion rupiah (RM1.5 juta) daripada suaminya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Wanita yang berasal dari bandar Cilegon dalam wilayah Banten itu berkahwin dengan seorang lelaki dari Australia.

Menurut tangkap layar yang dimuat naik di laman Instagram, wanita tersebut dan suaminya kelihatan memakai busana pengantin berwarna putih dalam majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah lokasi popular di Banten, Kebon Sengon Sari Kuring.

Wanita

“Jangan sampai video ini ditonton oleh calon mentua anda kerana Amat berbahaya sekiranya si lelaki ingin meminang calon isterinya, dia akan dibandingkan dengan jumlah mas kahwin yang diterima wanita ini.

Jumlah Mas kahwin itu menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen yang menyifatkan wanita berkenaan sebagai beruntung.

“Bagi yang masih meletakkan motosikal pada bahagian ruang tamu rumah, diharap terus bersabar,” kata seorang pengguna.

“Orang Asia yang teramat kaya (Crazy, rich Asian),” kata seorang lagi.

Rezeki kita belum tahu lagi ,berdoalah semuga di murahkan rezeki Dan kepada yang Masih mencari, boleh teruskan Dan jangan pernah puts asa.

 

Baca Suami roboh rumah guna jengkaut ,Berang isteri curang

Baca :

COMMENTS