Wanita tak sangka dapat ayah tiri lebih muda dari dirinya

Wanita tak sangka dapat ayah tiri lebih muda dari dirinya. Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jarak usia yang jauh bukan lagi menjadi isu pada masa kini. Malah, ia sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang yang tidak memandang usia sebagai penghalang untuk mendirikan rumah tangga.

Begitu juga yang dialami oleh seorang wanita ini, menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikToknya, dia memaklumkan ibunya berkahwin sekali lagi selepas berpisah dengan suaminya terdahulu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, ibunya yang berusia 60 tahun itu telah memilih seorang jejaka yang berusia 23 tahun sebagai suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Wanita tak sangka dapat ayah tiri lebih muda dari dirinya

Mana tidaknya, wanita terbabit berkongsi tidak lama kemudia dia sudah menjumpai jodohnya yang berusia 28 tahun dan ini bermakna, bapa tirinya adalah lima tahun lebih muda berbanding dengan suaminya.

Umur hanya angka semata-mata
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat kebahagiaan keluarga wanita berkenaan yang menemui jodoh masing-masing meskipun terdapat perbezaan dari segi usia.

Malah, mereka berpendapat walaupun ibunya berkahwin bersama jejaka yang jauh lebih muda, apa yang lebih penting adaah mampu menjaga insan tersayangnya itu dengan baik.

Semoga bahagia selalu
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar keluarga wanita tersebut sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat dan menegaskan apa yang berlaku adalah kuasa serta takdir Allah yang menentukan segala-galanya.

@ecacuwitcawer semua dah tertulis 🫶 #suamimuda #pengantinviral ♬ suara asli – hierapsz.

BACA:

Ini video bukti kad merah Azam Azmi adalah tak sah

Isteri kena dakwa sebab belasah suami, puncanya buat ramai terkejut

Luqman Hafidz sahkan sudah ceraikan isteri Jun lepas