Wanita tak kisah terima hantaran RM7k, rupanya ini kisah sebenarnya…

Wanita tak kisah terima hantaran RM7k, rupanya ini kisah sebenarnya… Meskipun sudah memiliki segulung ijazah, wanita ini tidak berkira dalam urusan hantaran dan juga mas kahwin yang diterima daripada pihak suami. Menurut wanita yang dikenali sebagai Nadia, dia tidak mahu urusan perkahwinannya itu terikat dengan bebanan hutang.

Hantaran bawah RM10k, mas kahwin ikut negeri sahaja

Di TikTok, Nadia berkongsi mengenai majlis hari bahagianya yang jimat dan mudah. Jelas Nadia, jumlah wang hantaran yang diterima hanyalah RM7000 manakala mas kahwin sebanyak RM22.50 mengikut negeri kelahirannya.

Wanita tak kisah terima hantaran RM7k, rupanya ini kisah sebenarnya…

Berkongsi kisah mengenai majlis merisik, cincin yang digunakan pada masa itu adalah milik bakal ibu mentuanya. Namun, mereka memulangkannnya semula selepas majlis tersebut selesai. Ujar Nadia, dia dan pasangan tidak membeli cincin pada masa itu.

Nikah di pejabat agama sebab senang, tak payah apply banyak tempat kalau nak nikah masjid. Jangan ikut cakap orang. Tak semestinya kalau ada degree, hantaran atleast 10k. Ikut kemampuan kita sebab yang penting kehidupan selepas nikah.

Di akhir perkongsian, Nadia menyatakan bahawa dia sangat selesa menjalankan majlis mengikut kemahuan dan kemampuan sendiri. Tambahnya, dia tidak mahu memeningkan kepala kerana kehidupan selepas pernikahan lebih penting.

@aidaneusofff #fyp #hantaran ♬ Cinta Terakhirku – Bagas Ran

BACA:

Umur baru 34, rupanya ini kerja gadis ini sampai mampu ada helikopter dan bank sendiri

Panas !!! Menteri PN hantar surat ke Istana, perkara ini mungkin berlaku

Azmin yakin Perikatan Nasional majoriti besar