Wanita selamba main judi online sambil mengemis tepi jalan

Wanita selamba main judi online sambil mengemis tepi jalan. Pengemis kantoi main judi online dalam handphone sambil kutip sedekah. Makcik minta sedekah kantoi main judi online (pussy888), siap sorok phone belakang tabung derma.

Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang wanita sedang meminta sedekah di kaki lima sebuah pasar malam.

Menerusi video tersebut, seorang wanita yang bertudung itu dilihat sedang memegang tabung derma sambil leka bermain telefon bimbitnya disebalik tabung tersebut.

Wanita selamba main judi online sambil mengemis tepi jalan

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah tindakan wanita itu yang kantoi bermain judi menerusi sebuah aplikasi di dalam telefon bimbit.

Jackpot.. Jackpot..

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 528.4K tontonan, 27.8K tanda suka, dan 669 komen di aplikasi TikTok.

Difahamkan, wanita itu cuba menyembunyikan perbuatannya itu disebalik tabung derma namun gagal selepas pemilik video sempat merakam perbuatannya dari belakang.

Meninjau di ruangan komen, tindakan wanita itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya berseloroh mengatakan dia pandai mencari duit.

@ceocendoltapai Jackport..Jackport😂#fypシ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – @ks.ravivarman – Ravi Varman

BACA:

Takiyuddin buat ‘U-turn’ selepas buat kenyataan BN-PN akan gabung

Muka Aisyah kena kecam dengan netizen, “macam orang tua, tebalnya make-up”

Suami ambil cabaran letak tembikai nak rasa perempuan mengandung, akui ‘give up’