Wanita Reda Terpaksa Buang 16Kg Lebih Ayam Gara-Gara..

Wanita Reda Terpaksa Buang 16Kg Lebih Ayam Gara-Gara..

Wanita Reda Terpaksa Buang 16Kg Lebih Ayam Gara-Gara..Adat berniaga sememangnya akan ada untung dan rugi. Ianya adalah lumrah dalam satu-satu perniagaan. Siapa pun kita, kita tidak boleh lari dengan isu kerugian ini. Pasti akan ada cabaran dan dugaan.

Hanya jiwa yang kuat dan cekal sahaja yang boleh bertahan dalam bidang perniagaan ini.

Tidak kiralah apa yang anda niagakan, sama ada makanan, pakaian, teknologi dan lain-lain. Pasti akan ada cabarannya yang tersendiri.

Bukanlah setiap hari akan mendapat keuntungan.

Seperti hidup ini juga, akan ada hari yang malang dan bukan setiap hari bahagia.

 

Seperti mana yang dikongsikan oleh peniaga kedai makan. Fez Kitchen telah mengalami kerugian lebih RM200 kerana 16 kilogram ayam yang ingin dimasak terpaksa dibuang. Ayam tersebut terpaksa dibuang kerana kesemuanya sudah berbau busuk.

Demi menjaga kualiti dan menjaga pelanggan dia reda kerana terpaksa membuang ayam berkenaan. Ayam berkenaan sememangnya sudah tidak boleh dibuat apa kerana berbau busuk teramat sangat. Menurutnya, ayam tersebut berbau busuk kerana salah seorang pekerjanya lambat memasukkannya ke dalam peti kerana sibuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet bersedih dengan situasi yang dihadapi oleh Fez ini. Dalam masa yang sama ramai juga yang mendoakan Fez ini agar sentiasa dimurahkan rezeki. Tidak kurang juga ada yang meminta wanita ini agar memberi ayam tersebut kepada kucing jalanan, anjing, buaya atau pun penternak ikan keli.

Baca:(video) Kereta Terhumban Dalam Sungai, Reaksi Sayu Pakcik Ini Buat Ramai Sebak

COMMENTS