Wanita Panggil Polis , Dakwa suami tergoda jiran Sengaja Sidai Pakaian Dalam Luar Rumah

Wanita Panggil Polis , Dakwa suami tergoda jiran Sengaja Sidai Pakaian Dalam Luar Rumah

Wanita Panggil Polis , Dakwa suami tergoda jiran Sengaja Sidai Pakaian Dalam Luar Rumah. Perasaan cemburu memang ada dalam diri setiap pasangan bercinta walaupun sudah berkahwin. Tahap perasaan cemburu ini berbeza mengikut cara seseorang itu mengawalnya. Jika tidak berjaya dikawal, inilah yang akan menyebabkan pergaduhan sehingga sanggup membunuh.

Ini mungkin berlaku kepada seorang isteri yang akhirnya membuat laporan polis terhadap jirannya. Ini selepas dia mendakwa jirannya sengaja menggantung seluar dalam di luar rumah untuk menggoda suaminya.

Wanita berusia 42 tahun itu melaporkan kepada polis bahawa jirannya yang berusia 23 tahun sengaja membasuh pakaian dalam setiap hari Sabtu iaitu ketika suaminya cuti dan berada di rumah.

Wanita

Wanita itu menambah lagi yang suaminya kerap kali ditangkap sedang melihat seluar dalam jirannya itu. Dia turut meminta gadis 23 tahun itu untuk berhenti menggoda suaminya,

bagaimanapun ia tidak dipedulikan.

BACA: Panas!!! Lima kes Covid-19 dikesan sebelum ke Langkawi

Kejadian ini berlaku di Quintana Roo, Mexico dan pihak polis nampaknya tidak dapat menahan gadis berkenaan kerana tidak ada apa-apa kesalahan undang-undang dilakukan jirannya.

Pihak polis akhirnya bertemu dengan jirannya dan meminta agar berbincang secara baik dengan wanita tersebut. Ini bagi memastikan tidak berlaku perkara tidak diinginkan pada masa akan datang. Jiran korang ok tak?

Sumber: https://ohmedia.my/ohtidak/wanita-panggil-polis-tangkap-jiran-dakwa-sengaja-sidai-pakaian-dalam-luar-rumah-goda-suami/

COMMENTS