Wanita kongsi cara cuci emas yang betul, pengalaman 13 tahun kerja kedai emas

Wanita kongsi cara cuci emas yang betul, pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Kebanyakan wanita mengenakan perhiasan emas baik gelang, cincin, rantai setiap hari. Ada yang langsung tak pernah tanggalkan.

Tapi meski setiap hari memakainya berapa kali kita mencucinya? Ada yang cuci 2-3 tahun sekali itu pun bila nak raya.

Kalau dah lama tak cuci eloklah tanggalkan dan cuci untuk bersihkan dari kotoran dan peluh supaya berkilat semula. Caranya boleh guna perkongsian Bunga Yanie yang berpengalaman bekerja di kedai selama 13 tahun. Lepas ini tak perlu hantar kedai emas untuk cuci, ikut saja langkah ini.

Cara cuci emas ikut cara kedai emas
Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj.

Cara cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas uols takkan lebur. Emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas.

1. Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo.

Wanita kongsi cara cuci emas yang betul, pengalaman 13 tahun kerja kedai emas

2. Tuang dalam periuk bersama air.

3. Masukkan barang kemas korang ke dalam air sabun tadi dan buka api.

Wanita kongsi cara cuci emas yang betul, pengalaman 13 tahun kerja kedai emas

4. Kacau barang kemas tadi sampai air mendidih dan nampak kotoran terapung. Kemudian boleh tutup api.

Wanita kongsi cara cuci emas yang betul, pengalaman 13 tahun kerja kedai emas

5. Masukkan barang kemas tadi dalam besen berisi air bersih.

6. Sental guna berus gigi & bilas.

Wanita kongsi cara cuci emas yang betul, pengalaman 13 tahun kerja kedai emas

7. Kemudian keringkan, boleh guna pengering rambut atau lap dan biarkan kering.

Siap, boleh pakai semula barang kemas ni. Senang saja kan.

BACA:

Penduduk nekad guna duit sendiri bina bahu jalan sejauh 1.5km

96.5 peratus sampel air kumbahan dari pesawat antarabangsa ada virus Covid-19