Wanita dipecat kerana terima suntikan Covid-19

Wanita dipecat kerana terima suntikan Covid-19

Wanita dipecat kerana terima suntikan Covid-19.Seorang pekerja sebuah gereja di Australia dipecat selepas dia mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 kerana didakwa ‘melawan kehendak Tuhan’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lainie Chait yang dibuang kerja pada Oktober lalu bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap Gereja Ubuntu.

Dia dipecat daripada tugasnya selepas beberapa petugas lain mendapat tahu bahawa wanita itu menerima vaksin Covid-19.

Berdasarkan sepucuk surat yang diperoleh daripada news.com.au, pihak gereja mendakwa bahawa keputusan wanita itu untuk mendapatkan suntikan adalah ‘berlawanan dengan apa yang diminta oleh Tuhan’.

Surat tersebut turut menyelar tindakan kerajaan New South Wales kerana melaksanakan dasar ‘apartheid perubatan’ dan ‘reaksi yang sangat tidak seimbang’.

“Tiada ahli jawatankuasa atau ahli penuh akan diterima jika mereka memilih untuk menerima vaksinasi Covid-19,” kata surat tersebut.

Sementara itu, Chait berkata, dia menyokong hak kebebasan memilih bagi keputusan untuk penjagaan kesihatan.

“Selama lebih 25 tahun saya memberitahu bahawa saya enggan mengikut kaedah Barat, namun bagi situasi seperti ini (Covid-19), saya tetap melakukannya.

“Gereja tersebut turut bersikap pilih bulu dengan memberikan suntikan kepada pelanggan di pusat kesihatan mereka, namun enggan memberi vaksinasi kepada pekerjanya,” kata Chait.

BACA: Mangsa banjir di Teluk Intan di laporkan meningkat

COMMENTS