Wanita Dilapor Maut Akibat Terjatuh Pada Ketinggian 82 Kaki ‘Bungee Jump’

Wanita Dilapor Maut Akibat Terjatuh Pada Ketinggian 82 Kaki ‘Bungee Jump’

Wanita Dilapor Maut Akibat Terjatuh Pada Ketinggian 82 Kaki ‘Bungee Jump’.Seorang ibu kepada tiga anak dilapor maut ketika membuat lompatan ‘bungee’ dengan keadaan yang salah, lapor Daily Mail.

Rakaman mengerikan itu memaparkan wanita berusia 33 tahun berkenaan dengan tenang melangkah pada bumbung sebuah hotel di Karaganda, Kazakhstan.

Ekoran daripada itu, dia dilaporkan terjatuh setinggi 82 kaki dan mengalami banyak kecederaan, ketika tali sokongan didakwa tidak diikat dengan betul.

Wanita itu yang jatuh dalam keadaan mengerikan dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani pembedahan kerana kecederaan serius di kepala, tetapi dilaporkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Wanita
Dalam rakaman video itu juga terdapat seorang lelaki memasangkan tali sokongan kepada wanita tersebut dan seorang lagi berada di luar kamera. Rakan wanita yang sepatutnya turun selepas gilirannya menjerit selepas melihat wanita itu tersalah lompat.

‘Cross-line’ yang sepatutnya diikat pada tali keselamatan gagal dipegang kerana tidak diikat dengan betul. Kecuaian tersebut telah menyebabkan wanita itu terjatuh ke bawah dan diseret kira-kira 12 kaki sebelum terkena dinding, tulis Daily Mail.

Menurut sumber, lompatan itu dibenarkan sebelum pihak penganjur mempunyai masa untuk mengikat tali di atas pokok. Seorang lelaki yang dipercayai pemegang tali keselematan yang seharusnya di ikat pada pokok itu dilihat jatuh ke lantai kerana menahan kekuatan jatuh tersebut.

Kata jurucakap kesihatan tempatan, pesakit telah jalani pembedahan untuk membuang hematoma sebelum disahkan maut tidak lama selepas itu. Siasatan jenayah dibuka bagi menyiasat kecuaian yang dilakukan oleh pihak penganjur.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/12/wanita-dilapor-maut-akibat-terjatuh-pada-ketinggian-82-kaki-ketika-aktiviti-bungee-jump/

Menarik :

Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran’ Suami Pakai Emas 60kg Masa Kahwin
Misteri Sotong gergasi Laut Merah dikenali pasti sebagai ‘purpleback’

COMMENTS