Wanita dikecam minta kekasih enggan beri wang RM1.5 juta

Wanita dikecam minta kekasih enggan beri wang RM1.5 juta

Wanita dikecam kerana minta kekasih enggan beri wang RM1.5 juta. Gara-gara meminta wang tunai berjumlah lima bilion rupiah (RM1.5 juta) daripada teman lelaki, seorang wanita mendedahkan dia ditinggalkan lelaki itu kerana tidak mampu memenuhi permintaan tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu video di laman TikTok, wanita berkenaan memberitahu, wang tersebut diminta oleh keluarganya tanpa mendedahkan tujuan permintaan itu.

Tambahnya, dia berasa kecewa kerana teman lelakinya bertindak meninggalkannya disebabkan enggan memenuhi permintaan tersebut yang disifatkannya sebagai bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Wanita

“Ditinggalkan teman lelaki gara-gara keluarga meminta wang berjumlah lima billion rupiah (RM1.5 juta), padahal itu adalah satu perkara yang mudah,” katanya pada keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan menerima tontonan lebih dua juta kali serta berbelas-belas ribu komen daripada pengguna yang menyelar sikap wanita berkenaan.

“Wang tunai lima billion rupiah (RM1.5 juta) akan terasa masuk akal sekiranya awak cantik dan bijak. Ini tidak, menyusahkan orang lelaki,” kata seorang netizen.

“Buat bekas teman lelakinya, anda bertuah kerana telah memilih untuk pergi,” kata seorang lagi.

Berita penuh: https://www.kosmo.com.my/2021/10/05/wanita-anggap-kekasih-kedekut-enggan-beri-wang-rm1-5-juta/

Baca :Gara- gara sentuh hal keagamaan , anak tergamak tikam mak ayah

COMMENTS