Wanita didakwa di mahkamah kerana tumbuk pramugari

Wanita didakwa di mahkamah kerana tumbuk pramugari

Wanita didakwa di mahkamah kerana tumbuk pramugari.SEORANG wanita dituduh mencederakan seorang pramugari yang menegurnya kerana enggan memakai tali pinggang keselamatan dan menyimpan meja tray ketika berada dalam pesawat.

Vyvianna Quinonez dari Antelope, California didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah, iaitu serangan yang mendatangkan kecederaan dan mengganggu kru kabin.

Insiden tersebut berlaku ketika dia menaiki penerbangan Southwest Airlines 700 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sacramento ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Diego, 23 Mei lalu.

Walaupun syarikat penerbangan itu mengatakan insiden kekecohan itu tiada kaitan dengan isu pelitup muka, namun saksi mengatakan perkara tersebut merupakan sebahagian daripadanya.

Wanita

Dokumen pertuduhan di mahkamah juga menyebut pramugari berkenaan ‘mengarahkan Quinonez memakai topeng pelitup muka dengan betul’.

Rakaman video pertengkaran di dalam pesawat itu menunjukkan tertuduh memakai topeng pelitup muka di bawah hidungnya.

Akibat pertengkaran tersebut, pramugari berkenaan dikenakan empat jahitan di bawah mata kirinya, mengalami lebam di lengan dan tiga batang giginya rosak.

Berita Penuh : https://www.mstar.com.my/global/dunia/2021/09/04/tumbuk-pramugari-kerana-ditegur-tak-pakai-tali-pinggang-keselamatan-wanita-didakwa-di-mahkamah

BACA: “Dulu saya teman mereka dating” sekarang jadi suami saya

COMMENTS