Wanita belasah boyfriend kaki pukul

Wanita belasah  boyfriend kaki pukul

Wanita belasah teman boyfriend kaki pukul.Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi seorang wanita berlawan dengan lelaki dipercayai kekasihnya kerana mempertahankan diri menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum melihat sikap berani gadis tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Twitter itu, kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang bertengkar pada permulaan video.

Lelaki itu kemudian secara tiba-tiba menampar muka wanita tersebut.

Wanita itu tidak berdiam diri, sebaliknya mempertahankan dirinya dan berlawan kembali sehingga lelaki itu jatuh tersungkur.

Wanita berkenaan kemudiannya melempar kerusi ke arah lelaki itu sehingga memaksanya untuk melarikan diri.

“Ini cara untuk membuatkan lelaki kaki pukul taubat nasuha wahai para gadis,” tulis keterangan pada hantaran tersebut.

Video itu menerima berjuta-juta tontonan dengan puluhan ribu tanda suka daripada netizen.

“Setiap wanita seharusnya wajib mempunyai kebolehan mempertahankan diri untuk mengelakkan diri daripada lelaki-lelaki yang seperti itu,” kata seorang netizen.

Baca :`Prank’ curi kereta akhirnya jadi lain

COMMENTS