Wanita bahagia walaupun suami gay

Wanita bahagia walaupun suami gay

Wanita bahagia walaupun suami gay.Seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia meskipun suaminya merupakan seorang lelaki daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lapor akhbar New York Post semalam.

Brynn Embley, 35, dan suaminya, Matthew Neilson, 33 yang kini dikurniakan dua orang anak mengakui mempunyai persamaan yang kuat serta hubungan intim yang hebat.

Menurut Embley, dia mengaku ada kalanya berasa tidak yakin terhadap rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, wanita itu berpendapat bahawa hubungan mereka lebih erat kerana masing-masing tidak memberikan fokus kepada paras rupa.

“Terdapat persamaan perasaan antara kami dan kami saling melengkapi,” kata Embley.

Sementara itu, bagi Neilson, dia sedar bahawa terdapat orang di sekeliling mereka yang berpendapat bahawa hubungan tersebut adalah ‘salah’.

“Saya enggan memberi perhatian terhadap kata-kata negatif yang akan membuatkan saya berasa tidak gembira.

“Kami berdua percaya bahawa terdapat beberapa elemen yang menguatkan hubungan ini dan sekiranya bahagian itu menjadi sukar, kami boleh mengharunginya bersama,” kata lelaki itu.

Baca:Jerung Paling ‘pailang’ Ditemui Dengan Penuh Parut Dan Kesan Calar

COMMENTS