Wanita 27 tahun cuba bunuh diri terjun bangunan di Puchong

Wanita 27 tahun cuba bunuh diri terjun bangunan di Puchong

Anggota bomba berjaya memujuk wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah residensi dekat Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden membabitkan wanita berusia 27 tahun itu, pada jam 12.18 tengah hari tadi.

Susulan itu, katanya, seramai 12 anggota menaiki tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota tiba di lokasi itu pada jam 12.29 tengah hari dan mendapati seorang wanita cuba terjun dari tingkat lima dipercayai kerana mahu membunuh diri.

Wanita ceroboh balai bomba untuk bunuh diri

Tertekan masalah keluarga, wanita cuba bunuh diri

“Mangsa yang berjaya dipujuk kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/04/807813/bomba-gagalkan-cubaan-wanita-bunuh-diri

COMMENTS