Walaupun gula-gula tapi hukum tetap hukum, trend berniaga cedok-cedok dikritik

Walaupun gula-gula tapi hukum tetap hukum, trend berniaga cedok-cedok dikritik. Macam-macam jenis trend sekarang ini yang berlaku, termasuklah aktiviti terbaru peniaga menjual barangan secara ‘cedok-cedok’ di Tiktok.

Siapa saja yang tidak tertarik, betul tak? Namun dari segi hukumnya bagaimana pula?

Menurut PU Amin, urusan berjual beli tidak salah untuk dilakukan namun perlu dijaga juga hukum halal dan haram ketika berniaga.

Katanya, amalan cedok mencedok dekat dengan mulamasah yang sangat dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Jika hendak berniaga, kita hendaklah menjauhkan daripada unsur-unsur gharar.

“Kita berniaga biar berkat. Kita berniaga biar sedikit tapi ada unsur-unsur yang halal dan unsur yang Allah SWT redha.

Walaupun gula-gula tapi hukum tetap hukum, trend berniaga cedok-cedok dikritik

“Ala gula-gula je pun, ingat yang kecik-kecik itu akan dihisab dan dihitung oleh Allah SWT,” ulasnya di dalam video di laman Tiktoknya.

Tambahnya lagi , nasihat ini bukan untuk menutup periuk nasi para peniaga tetapi berniagalah dalam keadaan yang baik.

“Jadi kena jaga diri kita, bukan nak kacau periuk nasi anda. Teruskan berniaga tapi berniagalah dalam keadaan yang baik,” katanya.

Malah, ada juga beberapa netizen yang mendapat kecaman daripada peniaga setelah mereka menegur amalan cedok-mencedok itu salah ketika proses jualan diadakan secara langsung di laman sosial Tiktok.

@ustazamirulaminInshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.♬ Emotional Islamic Music – Arslan Chaudhry

BACA:

Wanita hamil dedah suami ada wanita simpanan, dedah segalanya di TikTok

Bakal disaman oleh bekas suami Emilia Hanafi, ini respon Mona Din

1 dollar Singapura dijangka cecah RM3.22 dalam beberapa bulan