Wajah penyanyi sebenar lagu Squid Game didedahkan

Wajah penyanyi sebenar lagu Squid Game didedahkan

Wajah penyanyi sebenar lagu Squid Game didedahkan.Pemilik suara lagu ‘Lampu Merah, Lampu Hijau’ daripada siri popular Netflix, Squid Game akhirnya didedahkan dan ternyata, wajahnya dikatakan seiras dengan patung kanak-kanak gergasi yang ditampilkan dalam siri tersebut, lapor laman berita Suara.com.

Lagu popular yang dinyanyikan oleh patung kanak-kanak gergasi itu adalah nyanyian Gigi Yim Ming Hay, seorang penyanyi remaja berusia 16 tahun yang memenangi pertandingan Stars Academy di Hong Kong.

Menariknya, gadis tersebut mempunyai gaya rambut yang hampir sama dengan patung kanak-kanak dalam siri Squid Game itu.’

Wajah

Malah, dalam satu temu bual, gadis itu berkata, dia tidak keberatan untuk memainkan watak patung kanak-kanak itu sekiranya ia memerlukan watak manusia sebenar.

“Namun, sekiranya saya diberi peranan sebagai watak patung itu, saya perlu terlebih dahulu belajar cara memusingkan kepala saya sebanyak 360 darjah,” katanya dalam nada bergurau.

sumber: kosmo

BACA: Arab Saudi Tukar Pelantar Minyak Jadi Taman Tema

COMMENTS