VlRAL, Patutlah Ramai Hangin Tengok Apa Driver Toyota Ni Buat..

VlRAL, Patutlah Ramai Hangin Tengok Apa Driver Toyota Ni Buat..

VlRAL, Patutlah Ramai Hangin Tengok Apa Driver Toyota Ni Buat..Kejadian itu kini tular selepas klip video berkenaan dimuat naik oleh pemandu lain di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pemandu kereta tersebut didapati telah melarikan diri selepas melanggar belakang sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku di Persiaran Bukit Jambul 5, kira-kira jam 8.48 pagi melibatkan dua buah kereta.

“Susulan daripada kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik Perodua Alza di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Polis Daerah Timur Laut pada Isnin.

“Hasil siasatan mendapati berlaku kemalangan kecil antara kereta jenis Toyota Corolla dengan Perodua Alza.

“Kemalangan berpunca apabila kenderaan di hadapan berhenti di simpang untuk sedia membelok, namun pemandu kereta Toyota Corolla tersebut tidak mengikut giliran dan memotong ke kanan (garisan berkembar dan melawan arus),” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Soffian berkata, pemandu Toyota Corolla itu juga telah mencelah masuk semula ke laluan asal (kiri) apabila terdapat kenderaan lain datang dari arah bertentangan.

BACA: Misteri Seakan Manusia Di Atas Pokok Jam 3 Pagi

COMMENTS