Viral Punyal Hal, Sampai Pokok Keladi Depan Masjid Pun Kena sakau ?

Viral Punyal Hal, Sampai Pokok Keladi Depan Masjid Pun Kena sakau ?

Viral Punyal Hal, Sampai Pokok Keladi Depan Masjid Pun Kena sakau.Tak dinafikan, hobi bercucuk tanam pokok hiasan dan sayur-sayuran seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Malah, pokok hiasan seperti pokok keladi atau caladium juga semakin digilai ramai. Malah harga jualan juga mencecah ribuan ringgit.

Namun kali ini lain pula kisahnya apabila viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki dan wanita dipercayai datang ke sebuah masjid di Kelantan pada waktu malam. Wanita terbabit kemudian turun dari motosikal yang dinaikinya sebelum dengan selambanya dia mengambil dua pasu pokok keladi di hadapan masjid berkenaan.

Selepas mencuri pokok keladi, kedua-dua individu tersebut segera meninggalkan perkarangan masjid.

Viral

 

Tindakan tidak bermoral individu berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Malah kebanyakan daripada mereka pelik mengapa pokok keladi tersebut menjadi kegilaan ramai sehingga ada yang sanggup mencuri.

Sumber: https://ohbulan.com/video-viral-punyal-hal-sampai-pokok-keladi-depan-masjid-pun-kena-rembat

BACA: Misteri Sotong gergasi Laut Merah dikenali pasti sebagai ‘purpleback’

COMMENTS