Viral Askar Veteran ‘Mengamuk’ Depan Mantan Presiden Amerika

Viral Askar Veteran ‘Mengamuk’ Depan Mantan Presiden Amerika

Viral Askar Veteran ‘Mengamuk’ Depan Mantan Presiden Amerika.Seorang askar veteran Amerika Syarikat yang berkhidmat semasa perang Iraq, Mike Prysner, telah bertindak menuntut bekas presiden Amerika Syarikat iaitu George W. Bush mohon maaf.

Video yang memaparkan lelaki tersebut menjerit dalam sebuah majlis yang diadakan di Beverly Hills yang disertai oleh bekas presiden Amerika Syarikat itu telah menjadi tular di media sosial.

“Encik Bush, bilakah kamu hendak memohon maaf kepada jutaan orang Iraq yang telah meninggal dunia kerana penipuan kamu?” jeritnya.

“Kamu menipu berkenaan senjata pemusnah besar-besaran, kamu menipu mengenai kaitan dengan tragedi 9/11,” ujarnya merujuk kepada serangan pengganas yang memusnahkan bangunan World Trade Center di New York pada 9/11 yang lalu.

“Kamu berbohong tentang negara Iraq adalah suatu ancaman,” dakwa Prysner sambil disuruh duduk dan kawal kelakuannya.

Prysner juga turut menyatakan bahawa bekas presiden tersebut telah menghantarnya ke Iraq pada tahun 2003.

“Kamu telah kerahkan saya ke Iraq pada tahun 2003.

“Kawan-kawan saya telah mati. Kamu bunuh orang. Kamu tipu. Kamu tipu berkenaan WMD! (senjata pemusnah besar-besaran)”, dakwanya lagi.

Lelaki tersebut juga turut mendakwa bahawa jutaan nyawa orang Iraq serta rakan-rakan seperjuangannya terbunuh disebabkan penipuan bekas presiden Amerika Syarikat itu.

Dia juga sempat menuntut supaya George W. Bush memohon maaf atas apa yang terjadi di Iraq dan kepada Iraq sebelum diheret keluar oleh pegawai polis daripada majlis tersebut.

“Kamu perlu memohon maaf! Mohon maaf!” jeritnya.

Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga ianya dimuat naik di Twitter, ianya telah menerima lebih 6.5k like.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/21/video-viral-askar-veteran-mengamuk-depan-mantan-presiden-amerika-dakwa-menipu-untuk-ceroboh-perang-dengan-iraq/

BACA: Panas!!! Penolong Pegawai Pemerintah ATM didakwa rasuah kerja-kerja kem

COMMENTS