(Video)Tular Lelaki Berani Tangkap Buaya Guna Tong Sampah

(Video)Tular Lelaki Berani Tangkap Buaya Guna Tong Sampah

Tular Lelaki Berani Tangkap Buaya Guna Tong Sampah.Baru-baru ini tular satu video mengenai seorang lelaki yang berani berhadapan dengan seekor buaya kecil yang dipercayai telah ‘melawat’ kawasan rumahnya di Florida.

Lelaki yang dikenali sebagai Eugene Bozzi itu dilihat memerangkap buaya tersebut ke dalam tong sampah.

Walaupun dilihat tidak masuk akal, namun taktiknya itu berjaya memerangkap reptilia tersebut. Pada awalnya, buaya itu dilihat berundur kerana mungkin merasakan bahawa tong sampah itu merupakan ancaman baginya.

Melihat reaksi buaya itu, Bozzi terus melakukan ‘provokasi’ dan berjaya memasukkan buaya itu ke dalam tong sampah.

Tular

“Seseorang perlu melakukan sesuatu, saya tidak tahu prosedur yang betul untuk menangkapnya, jadi saya melakukannya dengan cara saya sendiri,” kata Bozzi kepada NBC News.

Menurutnya, sejak video itu tular, dia telah mendapat banyak kiriman mesej daripada warganet yang memuji tindakannya.

Sementara itu, dalam satu video lain yang juga dimuatnaik oleh pengguna Twitter, Bozzi dilihat telah melepaskan buaya tersebut di kawasan tasik.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/02/video-bedal-je-apa-ada-depan-mata-tular-lelaki-berani-tangkap-buaya-guna-tong-sampah/

BACA: 43 Jenis Telefon Pintar Tak Boleh Akses Whatsapp Mulai 1 November

COMMENTS