(video)Kapal Angkasa NASA Dilapor Berjaya ‘Sentuh’ Matahari

(video)Kapal Angkasa NASA Dilapor Berjaya ‘Sentuh’ Matahari

Kapal Angkasa NASA Dilapor Berjaya ‘Sentuh’ Matahari.Kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah baharu apabila dilaporkan telah ‘menyentuh’ matahari pada April tahun ini.

Memetik laporan NDTV, kapal angkasa Parker Solar Probe itu telah terbang melalui atmosfera atas matahari yang dikenali sebagai ‘corona’ dan menguji medan magnet dan zarah di sana.

Pengumuman mengenai kejayaan itu baru saja dibuat pada Selasa lalu kerana para saintis perlu mengesahkan analisis data terlebih dahulu.

“Parker Solar Probe ‘menyentuh matahari’ ialah detik bermakna untuk sains suria dan merupakan pencapaian yang benar-benar luar biasa,” kata pentadbir bersekutu untuk Direktorat Misi Sains di Ibu Pejabat NASA, Thomas Zurbuchen.

Tambahnya lagi, pencapaian tersebut akan membantu saintis untuk menemui maklumat kritikal mengenai matahari dan pengaruhnya terhadap sistem suria kita. Difahamkan, kajian yang dijalankan kapal angkasa itu telah dilancarkan pada 2018 dengan fasa awalnya adalah untuk membuat lintasan berulang.

Kapal angkasa itu bergerak pada kelajuan menakjubkan iaitu melebihi 500,000kmph untuk membolehkan ia masuk dan keluar dengan cepat untuk mengelakkan kerosakan haba.

Dalam salah satu laluan sistem suria itu, mereka juga telah menemui struktur zig-zag magnetik dalam angin suria yang berada sangat dekat dengan matahari.

Video penuh:https://youtu.be/LkaLfbuB_6E
BacaPemuda ditemui tergantung di dalam bilik

COMMENTS