[Video] Warga emas atas bumbung cetus rasa panik kakitangan hospital

[Video] Warga emas atas bumbung cetus rasa panik kakitangan hospital

Warga emas atas bumbung cetus rasa panik kakitangan hospital.Kakitangan sebuah hospital digemparkan dengan kejadian seorang lelaki warga emas yang secara tiba-tiba dilihat berlegar-legar di atas bumbung bangunan hospital tersebut.

Menerusi satu klip video berdurasi 1 minit 31 saat yang dimuat naik ke aplikasi Tiktok oleh pengguna dengan nama @kail01530 itu, lelaki warga emas tersebut dilihat seperti berada dalam keadaan keliru dan terhuyung-hayang.

Turut kedengaran menerusi klip video tersebut suara beberapa individu lain dipercayai jururawat yang cuba memujuk lelaki berkenaan untuk tidak banyak bergerak kerana bimbang dia terjatuh.

Dapat didengari melalui perbualan jururawat di lokasi memaklumkan bahawa lelaki berkenaan pada mulanya keluar dari tingkap di tingkat empat sebelum terjatuh ke bumbung di tingkat tiga dan berjalan-jalan di situ.

Warga emas

Beberapa saat kemudian, kelihatan dua pengawal keselamatan dan seorang individu lengkap lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) cuba menghampiri lelaki tersebut sambil terdengar laungan jururawat memaklumkan bahawa dia merupakan seorang pesakit Covid-19.

Klip video berkenaan yang tular sejak semalam telah mendapat lebih daripada 63,000 reaksi dan 3,341 komen daripada pengguna aplikasi berkenaan namun lokasi di mana kejadian berlaku tidak dimaklumkan.

@kail01530smoga yg baik2 aja##tiktok ##kakipolo ##PlugAndPlayIt ##kamirakuz ##kamisempoi ##tiktokmalaysia♬ original sound – kail01530

“Ya Allah, pakcik nak pergi mana tu, jangan macam ni. Kesian pada ‘frontliner’ mereka pakai PPE agak bahaya nak panjat atas tu. Semoga dua-dua selamat,” kata seorang pengguna dengan nama @suhaila.

“Rasanya pakcik tu stress kot duduk dalam wad tu, bayangkan kau terkurung dalam wad yang semua orang sakit dalam tu. Pintu kat depan ada misi, akhirnya keluarlah ikut tingkap,” ujar @niramoon.

Difahamkan, warga emas berkenaan kemudiannya berjaya diselamatkan dan dimaklumkan berada dalam keadaan baik dan mungkin bertindak demikian akibat kesan daripada ubat yang diambil.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/04/kakitangan-hospital-panik-lihat-warga-emas-atas-bumbung/

BACA: Kilawan emas kedua negara pada Paralimpik Tokyo 2020

COMMENTS