(Video) Ular Sawa Seberat 70kg Kenyang Telan Kambing Berjaya Ditangkap APM

(Video) Ular Sawa Seberat 70kg Kenyang Telan Kambing Berjaya Ditangkap APM

Ular Sawa Seberat 70kg Kenyang Telan Kambing Berjaya Ditangkap APM.Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular sawa seberat 70 kilogram (kg) selepas ianya kekenyangan menelan seekor kambing di Jalan Besar, Behrang Stesen di sini semalam.

Seorang pekerja kandang kambing yang berusia 39 itu telah menemui ular sawa tersebut sewaktu dia sedang membersihkan kandang berkenaan.

Pegawai APM Daerah Mualim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 2.30 petang.

Pihaknya telah menerima panggilan berkenaan hal itu dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Ular Sawa

Menurutnya, seramai empat anggota APM telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi menangkap ular sawa berkenaan dalam kandang kambing itu.

“Ular sawa terbabit baharu sahaja menelan seekor kambing di kandang tersebut dan berjaya ditangkap 10 minit selepas itu menggunakan peralatan khas. Reptilia berkenaan tidak melawan ketika ditangkap kerana kekenyangan,” katanya ketika dihubungi, memetik laporan

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/02/video-kenyang-telan-kambing-ular-sawa-seberat-70kg-berjaya-ditangkap-apm/

BACA: Tugu Peringatan Perang Ini Dibuat Dari Mayat Manusia

COMMENTS