(Video) Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah

(Video) Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah

Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah.“Mungkin ini caraku,” itu yang dikatakan oleh seorang lelaki di Indonesia yang telah mengebumikan jenazah ibunya di halaman rumahnya.

Memuatnaik video di TikTok dan memaparkan dirinya sedang membersihkan kubur tersebut, ia mendapat pelbagai respon dari kalangan warganet di negara itu.

Menerusi video itu, dapat dilihat bahawa kubur ibunya dipenuhi dengan rumput yang menghijau dan segar. Ia kelihatan cantik walaupun sebahagian besar halaman rumah itu tidak ‘beralaskan’ tanah.

Walaupun berada di rumah, lelaki itu tetap mengenakan pakaian yang sopan ketika menziarahi kubur ibunya.

Tular

Menurut Suara.com, ada dalam kalangan warganet yang mengatakan bahawa tindakan mengebumikan jenazah di halaman rumah itu merupakan satu tindakan yang baik bagi menghalang adik-beradik untuk tidak merebut harta pusaka.

Rumah itu juga pastinya sukar untuk dijual kerana mempunyai kubur.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.4 juta kali.

@adhefinmungkin ini caraku♬ เสียงต้นฉบับ – 𝕊 𝕋 𝕆 ℝ 𝕐_❣️_ℕ

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/01/video-tular-lelaki-kebumi-jenazah-ibu-di-halaman-rumah-ramai-puji-boleh-elak-adik-beradik-jual-tanah-berebut-harta/

BACA: Panas!!! Pegawai Polis ditahan kerana disyaki rogol janda di bilik IPD

COMMENTS