Video tular ibu pukul anak dengan penyapu, ini reaksi Lufya

Video tular ibu pukul anak dengan penyapu, ini reaksi Lufya. Pelakon dan penyanyi, Lufya memberi respons terhadap satu video viral baru – baru ini yang memperlihatkan seorang wanita memukul anaknya dengan menggunakan batang penyapu serta penyangkut baju ketika sedang makan.

Kenapa you buat macam ni dekat anak angkat u. U nak sangat anak, tapi bila dapat anak u perlakukan macam haiwan.

Kita ibu sanggup menggadaikan nyawa, harta, masa demi menjaga amanah Allah. Walau budak tu anak angkat itu satu rezeki besar buat u.Video tular ibu pukul anak dengan penyapu, ini reaksi Lufya

Menerusi respons yang ditulis oleh Lufya, dia dipercayai mengenali suspek wanita tersebut. Menurut Lufya, dia tidak menyangka wanita itu tergamak mendera anak angkatnya seperti haiwan.

Tambah Lufya, dia berharap suspek diberi hidayah dan petunjuk selepas ini. Sebagai ibu, Lufya turut berharap suspek mempunyai rasa belas kasihan terhadap anak yang tidak berdosa itu.

Selain Lufya, beberapa rakan artis seperti Vicha turut meluahkan rasa geram dan terkejut melihat video viral tersebut.

BACA:

Miliki PhD pada usia 27 tahun,

Kemas meja di Restoran ‘Fast Food’, tanggungjawab siapa sebenarnya?

Jatuh kerana berita palsu, sos Aminah Hassan kini cuba bangkit kembali