Video Suspek Dirakam Terjun Jambatan Setelah Van Dipandu Rempuh Penghadang

Video Suspek Dirakam Terjun Jambatan Setelah Van Dipandu Rempuh Penghadang

Suspek Dirakam Terjun Jambatan Setelah Van Dipandu Rempuh Penghadang.Penuh dramatik, mungkin itulah situasi yang boleh digambarkan menerusi satu rakaman tular yang memaparkan seorang suspek curi kenderaan hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jambatan ketika dikejar pihak polis sebelum terjun dari jambatan tersebut.

Lelaki berusia 34 tahun itu dilaporkan selamat dari lompatan dari Jambatan Edison pada lewat Jumaat, kata Pejabat Sheriff Lee County.

Lelaki berkenaan berhadapan tuduhan mencuri kereta dan melarikan diri, menurut pejabat sheriff. Aksi kejar-mengejar bermula apabila pihak menahan van yang dilaporkan hilang kerana dicuri dan ia terus memecut.

Video dari helikopter menunjukkan kenderaan itu hilang kawalan dan merempuh penghadang di tepi jambatan. Suspek juga dirakam memanjat penghadang jambatan sebelum melompat dari jambatan itu dipercayai untuk mengelak dari ditahan polis.

Setelah lompatan itu, lelaki berkenaan dirakam berenang ke arah tiang sokongan jambatan, di mana dia ditarik keluar dari air oleh pihak polis. Untuk melihat detik-detik berkenaan, anda boleh menonton video di bawah:

Baca:Misteri… penduduk kampung ini dilarang jual nasi

COMMENTS