video Sotong Kurita Terjun Sendiri Ke Dalam Sup panas

video Sotong Kurita Terjun Sendiri Ke Dalam Sup panas

video Sotong Kurita Terjun Sendiri Ke Dalam Sup panas.Menikmati hidangan steamboat di restoran bersama rakan-rakan sememangnya enak. Apatah lagi dapat meluangkan masa berkongsikan kisah kehidupan masing-masing sambil merebus makanan dan menjamahnya ketika masih panas.

Namun begitu, baru-baru ini satu video yang dipercayai dari luar negara yang memaparkan hidangan menu ini di restoran telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian video yang muat naik itu kelihatan makanan mentah diletakkan di atas meja.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah sotong kurita yang berada di dalam mangkuk itu bergerak sendiri dan masuk ke dalam periuk sup panas. Sungguh tidak disangka hidupan laut ini masih hidup dan masuk ke dalam periuk itu sendiri.

Berikut adalah rakaman sotong kurita terjun sendiri ke dalam sup panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun pongkybali ini:

Perkongsian rakaman sotong kurita terjun sendiri ke dalam sup panas ini telah meraih jutaan tontonan dan likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Dia ingatkan air laut tapi ternyata sebenarnya air rebus”

Sumber: himpunanceritalawak.

BACA: Pemandu “King” Myvi Terkejut ‘Disambut’ Meriah Semasa Rentas Negeri

COMMENTS