(Video) Pemilik Pesan Makanan Untuk Anjing, Abang ‘Rider’ buat sebaliknya

(Video) Pemilik Pesan Makanan Untuk Anjing, Abang ‘Rider’ buat sebaliknya

(Video) Pemilik Pesan Makanan Untuk Anjing, Abang ‘Rider’ buat sebaliknya.Bagi mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan atau rider, pasti sudah cukup lali dengan situasi berbahaya seperti dikejar anjing. Sebelum ini pun banyak kes rider kemalangan kerana dikejar haiwan berkenaan semasa bertugas.

Difahamkan, ada rider terpaksa bersedia dengan kayu atau batu sebagai perlindungan terakhir jika keadaan sukar dikawal. Mereka berbuat demikian dipercayai bukanlah sebab benci, cuma sebagai langkah keselamatan diri.

Dalam masa sama, tidak dinafikan masih ramai rider yang berhati mulia dan memiliki sifat pengasih kepada binatang. Begitulah seperti yang tular dalam video yang dimuat naik di TikTok Amy Pet Store baru-baru ini.

Berdasarkan video tersebut, difahamkan tuan rumah ini terlupa untuk memberi makan kepada anjingnya di luar. Jadi, dia pun buat pesanan makanan yang dihantar melalui khidmat rider GrabFood.

Rider itu diminta untuk memberikan makanan tersebut kepada si anjing yang sudah kelaparan. Apa yang menyentuh hati di sini, kelihatan rider berhati mulia ini ‘menyiapkan’ hidangan dengan penuh prihatin.

Makanan tersebut masih panas, jadi rider ini kipaskan dulu supaya ia sedikit sejuk agar boleh dimakan dengan selesa. Tidak kurang juga, dia turut menuangkan sedikit air ke dalam bekas untuk anjing tersebut.

@amypetsstoreAMANAH dalam menjalankan tugasan yg diberi.. 🤗 #abggrabfood #kucing #viral #fypシ #tiktokmalaysia #kucing #dog

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Video ini telah tular di media sosial dan ditonton lebih 190,000 kali setakat artikel ini ditulis. Rata-rata ramai netizen turut bersimpati dan tersentuh hati melihat keprihatinan rider tersebut.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia turut menerima klip video ini dan mereka berpendapat, rider ini sepatutnya wajar mendapat penghargaan oleh si pemilik anjing.

“Sikap prihatin rider Grab terhadap anjing dalam video ini wajar dicontohi. Pupuk semangat kemanusiaan dengan menyantuni haiwan yang memerlukan bantuan.

“Akhlak kebersihan dan keberanian ditunjukkan rider Grab ini merupakan satu akhlak dan budi pekerti yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit.

“Bukan semua rider Grab memusuhi dan membenci anjing. Bukan semua anjing ganas dan mengancam nyawa manusia. Semua terpulang bagaimana manusia membibitkan sifat kemanusiaan.

“Terima kasih diucapkan kepada rider Grab dalam video ini,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook semalam.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/09/08/video-pemilik-pesan-makanan-untuk-anjing-abang-grabfood-baik-hati-siap-kipaskan-dulu-bagi-sejuk/

BACA: Puncak gunung Kebnekaise kehilangan ketinggian sebanyak 2 meter

COMMENTS