(Video) Misteri Berambut Panjang ‘Ganggu’ Abang Lori

(Video) Misteri Berambut Panjang ‘Ganggu’ Abang Lori

Misteri Berambut Panjang ‘Ganggu’ Abang Lori Nak Rehat Bikin Meremang.Bagi yang bekerja sebagai pemandu lori, pasti banyak pengalaman seram yang dilalui sepanjang menjalankan tugas terutama ketika memandu di waktu malam.

Kebiasaannya, mereka akan berhenti rehat atau tidur sebentar di tepi-tepi jalan atau kawasan rehat yang disediakan di sepanjang lebuhraya.

Ketika itu, kalau tidak bernasib baik, mungkin akan ada ‘makhluk’ lain yang datang menganggu. Kalau ada kelindan yang menemani kuranglah sikit rasa takut, tapi kalau sorang-sorang memang kena kuatkan dirilah.

Keadaan itu nampaknya dialami oleh seorang pemandu lori yang tak dapat tidur kerana ‘dilawati’ oleh satu sosok yang berambut panjang.

@abeayie30hati2 abg2 lori..kalau nk tido pasti kan.langsir dan cermin di ttp…mujur rakan x lari ikut tingkap😈😈♬ bunyi asal – abe ayie.gsb

Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di TikTok, @abeayie30 mengingatkan pemandu lori yang lain untuk menutup cermin dan langsir jika ingin berehat dan tidur di dalam lori.

Dalam samar-samar, hanya rambut panjang mengurai yang dapat dilihat disebalik cermin itu.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut seram melihat video itu dan ada juga yang berseloroh dengan meminta untuk ‘mengenakan’ makhluk tersebut.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/08/27/video-tak-jadi-nak-tidur-sosok-berambut-panjang-ganggu-abang-lori-nak-rehat-bikin-meremang/

BACA: Insentif Perantis Baru RM800 PERKESO Pemerkasa

COMMENTS