[VIDEO] Lelaki Akui Menyesal dan Minta Diberi Peluang Kedua

[VIDEO] Lelaki Akui Menyesal dan Minta Diberi Peluang Kedua

Lelaki Akui Menyesal dan Minta Diberi Peluang Kedua.Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya menyimpan hasrat untuk menghalalkan perhubungan tersebut dan hidup bersama buat selama-lamanya. Namun, sudah menjadi ‘kebiasaan’ buat pasangan apabila diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Mahu tak mahu, mereka perlu kuat menempuhinya bersama.

‘Atas kesilapan saya semuanya dah berakhir’

Seperti perkongsian video seorang lelaki dikenali sebagai Am di laman TikTok, menceritakan dia telah melakukan kesilapan kepada teman wanitanya sendiri. Apa yang lebih menyedihkan, lelaki ini memakai baju yang sepatutnya dipakai semasa hari bahagianya ditemani sebuah patung yang mengenakan busana bagi pihak wanita.

Hai awak. Harini saya pakai baju yang sepatutnya kita pakai bila hari kita nanti. Tapi atas kesilapan saya semuanya dah berakhir. Masihkah ada peluang untuk saya perbaiki kesilapan saya dan menunaikan segala janji .

Maaf atas kesilapan yang saya buat. Terima kasih buat family dan kawan-kawan yang support saya untuk tak berputus asa. Doakan supaya dia cepat terbuka hati ya guys.

Mengulas lebih lanjut, lelaki ‘cekal’ ini menjelaskan dia akan memperbaiki segala kesilapan yang pernah dilakukan selama ini dan meminta maaf atas kesalahan yang pernah dilakukan.

Kejap lagi dah anniversary kita. Saya minta maaf atas kesilapan bodoh saya. Harap ada peluang untuk saya menghargai dan baiki sepenuhnya . Untuk korang yang ada partner, hargailah, jangan dah jadi macam aku baru nak terkial-kial menghargai :).

@ku.ammHai awak ❤️ Harini saya pakai baju yang sepatutnya kita pakai bila hari kita nanti ☺️ Tapi atas kesilapan saya semuanya dah berakhir 😌 masih kah ada peluang untuk saya perbaiki kesilapan saya dan menunaikan segala janji . Maaf atas kesilapan yang saya buat 🥰 terima kasih buat family dan kawan kawan yang support saya untuk tak berputus asa ❤️ Doa kan supaya dia cepat terbuka hati ya guys 😌❤️ #fypシ #xyzbca #fypesekeli #jangangiveup♬ original sound – whitney2bh

Pada masa yang sama, lelaki ini turut memberikan pesanan pendek kepada orang ramai supaya menghargai pasangan sendiri dengan sebaik mungkin.

Untuk korang yang tengok video ni, bosan tu sekejap je. Menyesal tu lama, selagi ada pasangan hargai sebaik mungkin.

Sumber: https://ohbulan.com/video-lelaki-akui-menyesal-minta-diberi-peluang-kedua-saya-pakai-baju-sepatutnya-kita-pakai-bila

BACA: Lukis Stesen KTM Guna Microsoft Excel, Hasilnya Buat Netizen Tergamam

COMMENTS