(Video) Leka Dengan Telefon, Wanita Dukung Bayi Terjatuh Dalam Lubang Pembetung

(Video) Leka Dengan Telefon, Wanita Dukung Bayi Terjatuh Dalam Lubang Pembetung

Leka Dengan Telefon, Wanita Dukung Bayi Terjatuh Dalam Lubang Pembetung.Satu video yang memaparkan seorang wanita bersama bayinya terjatuh dalam sebuah lubang pembetung di Faridabad, India ketika dia sedang leka bercakap dengan telefon bimbitnya telah berlegar di internet.

Mujur wanita dan bayinya itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan selepas diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan sekitar.

Rakaman kamera CCTV yang berada di kawasan berkenaan memaparkan wanita itu sedang berjalan berhampiran dengan lubang tersebut dengan mendukung anaknya sambil bercakap dengan telefon bimbit menggunakan tangannya yang satu lagi.

Lubang tersebut dapat dilihat dihalang oleh sebuah papan iklan yang tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

Wanita tersebut pada ketika itu tidak perasan akan lubang berkenaan. Ketika dia menghampiri lubang tersebut, sebelah kakinya telah tergelincir dan ianya membuatkan dia bersama bayinya terus terjatuh ke dalam lubang tersebut.

Rakaman itu kemudiannya memaparkan orang ramai yang berada berhampiran bergegas untuk menolong wanita tersebut dan bayinya.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Lakhwinder dapat dilihat terus masuk ke dalam lubang itu untuk mengeluarkan wanita tersebut dan bayinya sementara seorang lagi lelaki memegang tangannya.

Bayi tersebut dilihat dikeluarkan dari lubang itu terlebih dahulu.

Seorang lelaki yang menyambut bayi berusia 9 bulan itu telah membawanya ke tepi jalan sebelum seorang wanita bergegas ke arah bayi berkenaan untuk memeriksa keadaannya.

Kemudian, ibu kepada bayi tersebut yang berjaya dikeluarkan pula terus meluru ke arah anaknya itu untuk turut memeriksanya.

Ibu kepada bayi itu dapat dilihat terus memeluk wanita tersebut ketika dia menyerahkan bayinya semula.

Difahamkan bahawa rakaman itu berlaku pada 8 Oktober yang lalu. Tiga orang lelaki yang berada di situ terus membawa sebuah poster untuk menutup lubang yang terbuka itu.

Menurut warga tempatan, lubang tersebut telah banyak hari dibiarkan terbuka begitu walaupun aduan telah diajukan kepada pihak berkuasa tempatan.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/20/video-terlalu-leka-dengan-telefon-wanita-dukung-bayi-terjatuh-dalam-lubang-pembetung/

BACA: Norhizam bertanding atas tiket PH ? ini penjelasan Adly

COMMENTS