[VIDEO] Kecoh! Ada lelaki gila seks mengintai wanita mandi di pusat pemindahan ?

[VIDEO] Kecoh! Ada lelaki gila seks mengintai wanita mandi di pusat pemindahan ?

Ada lelaki gila seks mengintai wanita mandi di pusat pemindahan.Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) kecoh selepas seorang lelaki dipercayai mengintai dan merakam seorang wanita sedang mandi menggunakan telefon bimbitnya di pusat itu.

Perkara tersebut dipercayai berlaku di sebuah PPS yang terletak di USJ 23, Selangor menerusi perkongsian video Saudagar Kayangan di Facebook, semalam.

Menurut laporan utusan online, Menerusi pengumuman yang dibuat di dalam video tersebut, pihak polis kini sedang mencari lelaki tersebut yang dipercayai masih lagi berada berdekatan kawasan berkenaan.

RAKAMAN pengumuman mengenai lelaki mengintai wanita mandi di sebuah pusat pemindahan sementara.

“Kalau ada siapa-siapa yang nampak lelaki yang menggunakan telefon bimbit di tandas wanita, tolong maklumkan kepada saya,” kata pengumuman itu.

Dalam pada itu, Saudagar Kayangan juga meminta kepada mangsa banjir terutamanya wanita yang berada di PPS untuk sentiasa berhati-hati.

“Tolong alert kan kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara-saudara yang duduk dekat mana-mana PPS untuk yang perempuan terutamanya supaya berhati-hati.

“Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika nak tukar baju atau mandi. Jenis gila seks ini tak kira masa dia nak buat kerja,” tulisnya.

BACA: Pekerja pembinaan cerita detik cemas kejadian Kepala air setinggi tiga tingkat
VIDEO] Nelayan jumpa 50 ekor ikan lumba-lumba di perairan Teluk Kumbar

COMMENTS