Video Isteri Mengandung Mengidam Nak Bau Tar Jalan, “Suka La Tu Kan?,”

Video Isteri Mengandung Mengidam Nak Bau Tar Jalan, “Suka La Tu Kan?,”

Video Suami Isteri Mengandung Mengidam Nak Bau Tar Jalan, “Suka La Tu Kan?,”Mengidam adalah satu perkara biasa bagi kebanyakan wanita hamil. Selalunya ibu mengandung rasa teringin pada makanan yang tak biasa mereka makan sebelum kehamilan. Tapi mengidam ni boleh jadi berbeza mengikut individu.

Apa yang lebih mengejutkan, mengidam tak selalu terarah kepada makanan. Ada juga wanita hamil yang mengidam sesuatu yang bukan makanan seperti kapur, kepingan cat atau tanah. Malah ada juga yang mengidam nak beli kereta.

Sama juga macam isteri abang ni yang tengah mengandung anak kedua. Lain macam punya mengidam sampai teringin nak bau tar. Video sang isteri yang bukan main seronok dapat bau tar turut diunggah di laman TikToknya @nazirrkatimon dan mendapat 287.8 ribu tontonan setakat ini.

@nazirrkatimonApa perkara paling pelik waktu korang atau pasangan korang mengandung ?♬ original sound – AbangKurier

“Bini aku ni mengandung, lepastu sibuk nak bau tar tak pun bau cat.

“Bini aku mengidam yang bukan-bukan, selamat ada orang buat tar jalan,” kata lelaki tersebut dalam video unggahannya.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/05/video-suka-la-tu-kan-suami-penuhi-hajat-isteri-mengandung-mengidam-nak-bau-tar-jalan/

BACA: Tular Jumpa Kuku Berdaki Dalam Inti Karipap

COMMENTS