Honda Civic Baru BeliTidak Sampai 24 Jam, Pemilik Kecewa Kereta Tenggelam Dalam Banjir .Model Honda Civic FD sudah berusia hampir 16 tahun pada tahun ini, namun kereta tersebut masih menjadi rebutan serta pilihan di kalangan kaki kereta dalam masyarakat kita.
Baru-baru ini tular video TikTok oleh @ery_ryy di mana sebuah Honda Civic milik kawannya bukan sahaja ditenggelami air banjir di bahagian luar bahkan turut memasuki ruangan kabin dalam kereta yang diletakkan di sekitar kawasan perumahan Taman Sri Berembang, Klang.
Walaupun video tersebut pendek berdurasi kurang 10 saat itu, namun ‘kepedihannya’ turut dirasai oleh para penonton yang memahami perasan pemilik kereta tersebut.
@ery_ryyMember baru beli tak sampai 24 jam tiba2 bangun pagi terus kena banjir pisang😭😓♬ original sound – Ery Ryy
Tambah orang ramai lagi, mereka berharap agar pemilik kereta tersebut bertabah dengan ‘ujian’ yang menimpa dirinya. Netizen juga mendoakan agar pemilik Honda Civic akan mendapat rezeki yang lebih baik pada masa akan datang.
Sumber: https://www.thevocket.com/baru-beli-honda-civic-tidak-sampai-24-jam-pemilik-kecewa-kereta-tenggelam-dalam-banjir/