(Video) Gunung Berapi Kilauea, Antara Paling Aktif Di Dunia Dilapor Meletus

(Video) Gunung Berapi Kilauea, Antara Paling Aktif Di Dunia Dilapor Meletus

Video) Gunung Berapi Kilauea, Antara Paling Aktif Di Dunia Dilapor Meletus.Gunung berapi Kilauea di Hawaii dilaporkan kembali meletus pada Rabu dan memuntahkan lava di Taman Nasional Gunung Berapi Hawaii.

Menurut CNN, keadaan gunung berapi itu kini dipantau walaupun ia tidak menimbulkan bahaya kepada penduduk terdekat di Pulau Besar Hawaii.

“Peningkatan aktiviti gempa dan perubahan pola bentuk tanah di puncak Kilauea mula berlaku pada kira-kira tengah hari pada 29 September, menunjukkan pergerakan magma di bawah permukaan,” kata US Geological Surver (USGS).

Tambah agensi itu, mereka juga telah melakukan pemerhatian melalui kamera web dan mendapat terdapat cahaya di kawah puncak Kilauea sekitar jam 3.20 petang waktu tempatan, menunjukkan bahawa letusan telah bermula.

Timbalan saintis, David Philips, mengatakan bahawa bukti perubahan di lokasi telah diperhatikan pada malam sebelumnya.

“Tepat tengah malam, kami mula mengesan peningkatan dalam aktiviti gempa bumi dan gempa seisimik,” katanya.

BACA: Isteri Cekup Suami Nafsu Songsang Tidur Dengan ‘Adik Angkat

Letusan dilaporkan berterusan sehingga hari Khamis. Namun, ia sepenuhnya berada dalam lingkungan sempadan kawasan itu dan tidak memberikan ancaman kepada manusia, hidupan atau infrastruktur.

Bagaimanapun, letusan itu berpotensi berlangsung selama berbulan-bulan.

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/10/02/video-gunung-berapi-kilauea-antara-paling-aktif-di-dunia-dilapor-meletus-pakar-bimbang-letusan-mungkin-berlaku-berbulan-lamanya/

BACA: Misteri Menara Yang Dibina Dengan Tengkorak Manusia

COMMENTS