{video} Geng Motosikal Ini Buat ‘Abang Lori’ Bengang

{video} Geng Motosikal Ini Buat ‘Abang Lori’ Bengang

Geng Motosikal Ini Buat ‘Abang Lori’ Bengang.Aktiviti-aktiviti konvoi berkenderaan sudah mula kembali aktif di serata tempat, setiap lokasi tumpuan semakin dibanjiri oleh orang ramai lebih-lebih lagi pada waktu cuti hari minggu.

Sehari dua ini orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati setelah melihat satu rakaman video di mana sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi dengan selamba menyelit untuk memasuki simpang di antara barisan kereta yang sedang bersesakan.

Kejadian tersebut dipercayai dirakam daripada penumpang atau pemandu sebuah lori (berdasarkan posisi rakaman video tersebut) berhampiran persimpangan menuju ke Taman Negeri Rompin, Pahang.

Orang ramai menegaskan geng konvoi bermotosikal berkuasa tinggi tersebut tidak perlulah membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain jika mahu masuk ke persimpangan tersebut.

Mereka boleh bergerak kehadapan sedikit untuk membuat pusingan-U untuk masuk semula ke persimpangan yang mereka terlepas. Namun, geng konvoi bermotosikal ini memilih untuk memberikan ‘isyarat tangan’ sahaja supaya orang lain memperlahankan kenderaan untuk memberikan laluan kepada mereka.

Sumber: .thevocket.com

BACA: Biawak buat kejutan ‘sportchek’ pejabat, semua lari panjat meja

COMMENTS